Posts

Showing posts from April, 2016

Tutorial Online Shopping Zalora

Image
Tutorial Online Shopping Zalora Nama yang sudah tidak asing lagi dalam field online shooping. Pastinya korang mesti dah tau apa itu Zalora. Cuma korang mungkin tak tahu bahawa Zalora nih dah ada dibeberapa negara Asean. Di sini saya nak share cara-cara nak online shopping Zalora yang mudah dan memberi beberapa tips diskaun untuk korang. Err... terlebih dahulu korang download dulu app Zalora dan Google Play atau Apple Store atau menerusi web disini ... Selebih nya jommm layan..... 1. Register dulu la akaun baru anda. Sangat senang dan mudah beb.

Restoran Halal di Seoul, Korea

Image
Restoran Halal di Seoul, Korea Apabila anda mengunjungi di sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum. Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam. Seoul adalah salah satu negara pada kiranya mudah untuk mencari restoran-restoran halal lebih-lebih lagi di Itaewon. Apa yang penting anda perlu lebihkan membuat research pada blog dan website tertentu seperti blog Have Halal Will Travel . Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di Seoul seperti di Itaewon, Gyeongbokbung, Myengdong dan Pulau Nami. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti. 1. Asian Cuisine, Pulau Nami Restoran ini saya singgah ketika mengunjungi Pulau Nami pada hari ke empat. Seperti entry blog saya sebelum ini, Pulau Nami adalah tempat wajib yang anda perlu datang kerana terdapat kemudahan pada orang muslim. Ada beberapa restoran dan coffee house halal d

Travel Tips ke Seoul Korea

Image
Travel Tips ke Seoul  Entry kali ini ingin saya sharekan bersama tips persediaan dan perjalanan untuk ke Seoul Korea. Anda boleh google pada mana-mana blog dan mungkin boleh membuat rujukan dan check-list pada diri anda lebih lebih lagi jika anda membawa kanak-kanak under 5years dan infant. 1. Season, Temperature dan Weather. Anda boleh check cuacadengan menggunakan Accuweather . Website ini sangat accurate dengan cuaca dan suhu yang anda mahu tahu. Malah dari website ini anda boleh tengok ramalan cuaca dan suhu pada masa beberapa bulan. Jadi anda boleh agak pakaian apa yang harus dipakai yang bersesuaian dengan suhu. 2. Pakaian. Lepas check suhu dalam Accuweather, pakaian adalah perkara wajib beb. Saya pergi ke Seoul minggu lalu ada penghujung musim Winter dengan suhu 2C-10C. Jadi Baju sejuk kompem kena bawak tapi bukan yang jenis winter coat macam nak gi Swiss. Pakaian anak menjadi keutamaan. Jika anda datang waktu Winter, baju lebih banyak yang haru

Awesome 3 Men's Watch

Image
Awesome 3 Men's Watch  The 3 Men's Watch Design That Every Man Must Own Watches have been the favourite piece of accessory which men use to perk up their outfits. It adds that sophisticated yet effortless style to their entire appearance. Some men love a certain type of design while others prefer a few and create a collection of men’s watch based on their personal style. Dress up your outfits with the watches you adore and feel that extra boost of confidence. For the men who have no idea what type of watch designs that will be perfect to wear even as time passes, check out the three choices below. 1. Simple Leather This is the most common watch a man will wear with their outfits due to its simple yet versatile touch. Match it with any casual or formal clothes and step out with confidence everywhere you go. It cannot be denied that a majority of men owns this type of watch design in their collection at home. 2. Statement Steel For the gentleme

Bercuti ke Seoul, Korea - Day 7

Image
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 7 Hari ke-tujuh adalah hari balik ke Malaysia, kami buat tapau mihun goreng dan sandwich untuk bekalan di Airport.  Flight ICN ke KUL adalaah jam 1625. So kami check-out dari rumah pada jam 10:00pagi pasal nak naik limousin bus ke airport. Jadual limousin bus boleh google sendiri dan dekat bus station yang berhampiran dengan subway Itaewon pon ada. Kami amik bas jam 10:28am, harga tiket adalah KRW15,000 perhead, Nazril under 3yrs foc. Naik bas memang selesa pasal anda boleh sumbat luggage anda yang extra large tu sebanyak mana, naik teksi luggage terhad dan naik subway susah nak carry bag. Cuma naik bus ni banyak berenti dan ambil masa hampir 2jam untuk ke Airport. Tiba di Airport terus drop bag, di Airport juga ada kemudahan timbang bagasi, so korang boleh bagi-bagi mana yang terlebih berat. Harus diingatkan bahawa Incheon Airport memang busy dan ramai orang, lebih baik anda datang awal dan melepasi Imigration Gate terlebih dahulu. Ini pon

Bercuti ke Seoul, Korea - Day 6

Image
Bercuti ke Seoul,Korea - Day 6 Masuk hari ke-enam, nasi masih menjadi pilihan kami waktu breakfast. Kerana nasi adalah penyumbang karbohidrat untuk anda ketika shopping. muahahaha...  Planning pagi nih adalah penutup untuk shopping dengan kata lain menipiskan wallet. Tempat pilihan adalah di Gangnam Underground Shopping Center. Sementara tu kami bersiar-siar di kawasan Itaewon pasal ternampak beberapa pokok mula berbunga. Apa lagi bergambar la, bukan hari-hari datang beb. Kami bermula dari station Itaewon dan menuju ke Yaksu, dari station Yaksu kena buat interchange line 3 menuju ke station Express Bus Terminal. Kat sini ada sejarah pasal saya tertinggal beg susu Nazril di Station Yaksu. Mungkin disiplin orang Korea macam ala-ala Jepun, nasib baik beg ade bila patah balik... fuhhhh Alhamdulillah... Apa ada di Gangnam Underground Shopping Center? Errrr... maca mlebih kurang Sungei Wang ajer... tempat dia memang besar, tapi rata-rata kedai jual barang yang sama. Macam bori

Bercuti ke Seoul, Korea - Day 4

Image
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 4 Seperti waktu pagi yang sebelum ini, kami layan nasi lemak homemade dari mak saya dan membuat sedikit bekalan kerana pada hari ini kami ke Pulau Nami (Naminara Republic). Pulau Nami ini agak jauh dari Itaewon dan terletak di daerah Gapyeong. Kami memilih untuk menaiki Subway untuk ke Naminara untuk menjimatkan masa dan wang. Jika naik teksi harga boleh cecah KRW80,000 - KRW100,000 per trip bergantung pada traffic dan jika naik bas pula makan masa 2-3jam... Subway adalah yang paling dinamik dan efisyen. Kami bermula di Subway Itaewon, menuju ke station Dongmyo. Interchange disini dengan subway line 1 dan menuju ke station Cheongnyangni. Bila tiba di station Cheongyangni, anda perlu bile tiket train ITX menuju ke station Gapyeong (Line G) di kaunter atau di kiosk. Harganya adalah KRW4,000 one way. Train ITX ini adalah train separa laju dan ianya mempunyai numbering seat. Anda perlu pilih jam berapa anda nak naik train dan pilih seat. Jika anda

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...