Bercuti ke Sydney, Australia - Day 1

Bercuti ke Sydney, Australia - Day 1 

Bermula dari KLIA, penerbangan saya MH123 agak delay selama 45minit dengan penumpang 3/4 memenuhi pesawat. Perjalanan yang mengambil masa 8jam 15minit mampu mengeraskan urat dubur serta urat spinal. Menaiki penerbangan Malaysia Airlines tidak begitu bosan kerana hidangan makanan  berat sebanyak 2 kali dan in-flight entertainment mampu mencuri masa penerbangan, malah berjalan, membasuh muka, dan senaman ringan juga menjadi aktiviti anda. 

Tiba di Sydney International Airport (SIA) pada jam 11:00am waktu tempatan Sydney dengan suasana yang agak separa sibuk. Beratur untuk pengesahan passport selama 15minit dan mendengar stamping passport adalah satu perkara yang mampu anda tersengih didalam hati.



Saya terus mencapai bag dan beratur lagi untuk pemeriksaan 'Declaration' barangan yang anda bawa. Jika anda menjawab TIDAK pada kotak borang ketibaan tersebut anda dapat melepasi dengan cepat. Jika anda menandakan YA pastinya pemeriksaan bag akan dibuat. Tetapi jangan sesekali tidak jujur, gagal berbuat atau kantoi padah menanti.

Mencari kedai menjual Sim Kad. Saya memilih Lebara Mobile (Vodafone Aussie) berharga AUD25.00 untuk 5GB selama 30hari. Selesai pemasangan simkad untuk dijadikan hotspot, saya perlu membeli Opal Card. Opal Card adalah seperti kad Touch n Go Malaysia dimana boleh digunakan untuk Train, Bus, Ferry dan Light Rail (Tram). Opal Card boleh dibeli di convenience shop WM Smith (Jika di Airport) dengan harga nilai kredit top-up anda. Minimum AUD10.00. Saya beli dan top-up dengan harga AUD50.00.

Ticket fare dari Airport ke Central adalah AUD17.00 . Tiba di Sentral saya mencari kedai untuk menyimpan luggage. Kedai ini terletak berhadapan dengan Pejabat Sydney Trains. Agak tidak sesuai untuk tarik luggage kesana kemari sebelum check-in hotel. Harga yang dikenakan adalah AUD9.00 untuk 4jam. 





Seterusnya saya menuju ke University of Sydney untuk menyelesaikan perihal kerja saya. Selesai daripada itu terus menuju ke Paddy Market untuk santapan tengahhari yang dah lewat. Saya singgah di Restoran Chinese Noodle. Sebelum ni saya telah membuat sedikit research kedai makan di Sydney ni, maka tidak kial-kial nak cari kedai makan. Order Nasi Goreng Seafood dan Satay Ayam. Total AUD14.00. Terbaik kekenyangan.



China Town ni dekat aje dengan Paddy Market, saya terus masuk ke Paddys Market untuk usha-usha apa yang menjadi tumpuan tempatan dan pelancong. Betul lagi tepat disini adalah tempat yang terbaik untuk membeli souvenirs seperti magnet fridge, keychain, patung dan tshirt. Macam-macam dijual dah paling best korang boleh nego harga dengan peniaga kat sini asalakan harga yang reasonable. Kalau perasana akan ada beberapa pepekrja tu dari orang Indonesia malah Malaysia pun ade.




Kebanyakkan kedai meletakkan harga AUD10.00 untuk mengaburi pembeli. So pandai-pandai la korang yang nak memilih kedai, tawar menawar dan make it friends dan jangan lupa yer, Paddy Market ni beroperasi pada Rabu hingga Ahad. Isnin dan Selasa offday. So jadual saya sangat pack dan saya terpaksa beli juga pada hari Sabtu tu. Selesai shopping ala kadar, saya kembali ke Central untuk mendapatkan luggage dan menuju ke Hotel Macleay Lodge di Macleay Street. Untuk ke hotel ini saya perlu ke King Cross Station melalui Lane T4. Sorry kerana saya tak ingat fare. Korang boleh check di Sydneytrains.info.

Mandi tidur dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Pada waktu senja saya berjalan kaki menuju ke Sydney Opera House buat pertama kali. Saya lebih selesa untuk berjalan kaki kerana anda boleh melihat kehidupan dan suasana sekitar. Errr... sebenarnya agak jauh jugak. Nak sewa kereta tak berbaloi pulak dok main dalam bandar je pun.





Bergambar, memerhati budaya dan tengok orang yang lepak di Opera House. Agak ramai mungkin disebabkan malam minggu. Ketika ini suhu mencapai 15C dengan angin laut yang mampu mengigilkan tulang anda. Badan masih penat dan saya menuju balik ke hotel dengan menaiki train dari Circulay Quay, interchange Central dan ke King Cross. Singgah di kedai Arab untuk santapan malam dengan membeli Kebab Ayam AUD6.00. (Ikuti entry saya Restoran Halal di Sydney) 

Makan dan terus tidur.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam