Posts

Showing posts from August, 2012

Stephen Wiltshire

Image
Stephen Wiltshire Siapakah Stephen Wiltshire? Beliau adalah seorang artis yang unik dan istimewa yang mempunyai bakat untuk melukis lukisan hidup yang terperinci. Beliau dilahirkan bisu, tidak mempunyai bahasa dan hidup dalam dunianya sendiri. Satu lagi kebolehan Stephen Wiltshire ini adalah memorinya, sungguh awesome pasal memorinya sangat kuat sehinggakan beliau pernah diterbangkan mengelilingi dengan helikopter selama 20minit untuk melihat panorama bandar New York, sesudah itu beliau turun dan terus melukis panorama tersebut selama 3hari dari memorinya. Beliau juga terkenal dengan pelukis memori kerana daya ingatan yang kuat untuk melukis balik apa yang dilihatnya. Beliau juga dianugerahkan sebagai Member of the Order of the British Empire oleh Queen Elizabeth II atas khidmat kesenian dan mempunyai galeri sendiri di Royal Opera Arcade, PallMall London. Entry ini aku paparkan lukisan black/white hasil daripada kerja Stephen yang sungguh awesome kerana saya memang sukakan luki

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!

Image
Villa Danialla Tok Bali : What a Failure! First time saya update entry saya dengan entry yang sungguh kecewa walaupon sudah berlalu, tapi saya kena tetap update jugak supaya pengunjung tidak tertipu/terpedaya dengan janji manis seperti janji dicapati. Last week iaitu minggu raya baru ni family saya (Family Al-Imran) membuat small gathering memandangkan tidak ramai ahli keluarga yang pulang berhari raya tahun nih. Kami memilih Villa Danialla kerana saya pernah meng-update Villa Danialla nih satu ketika dahulu dan saya amik entry nih daripada facebook Villa Danialla sendiri. Kenapa saya mengatakan Villa Danialla nih sangat failure dan tidak awesome seperti mana yang mereka iklan dan perkatakan pada kita... Ianya terjadi atas dasar pengalaman sendiri dan saya bukan menabur fitnah untuk meng-kondem-kan Villa Danialla kerana saya tahu dosa menabur fitnah sama seperti membunuh manusia. Jadi saya ingin meluahkannya supaya pihak management Villa lebih berkaliber dan efisen! Jadi cerit

Gangnam (Super Kampung) Style

Image
Gangnam (Super Kampung) Style Again again and again Gangnam Style is back! Kali ini FlyFM crew yang buat Gangnam Kampung Style.. Awesome guys! Lebih cool penghabisan berita TV9 malam tadi memaparkan video FlyFM Gangnam Kampung Style.. Wabak Gangnam Style telah merebak seluruh Malaysia sehinggakan ramai antara rakyat Malaysia membuat parody Gangnam Style, aku mengharapkan Hari Merdeka nih mereka membuat Gangnam Merdeka Style tengah2 padang tu... Malas nk cakap banyak.. Enjoyyyyy dude!

Malaysia Gangnam Style

Image
Malaysia Gangnam Style Hahahaha sekali lagik posting untuk Gangnam Style kerana Gangnam Style adalah awesome! Cuma kali ni dalam versi gambar sahaja, thanks to @jezzadrian for the picture.

Raya Gangnam Style

Image
Raya Gangnam Style Beberapa minggu yang lalu aku ada upload video Gangnam Style dari PSY . Aku jumpa video Gangnam Style yang dibuat oleh rakyat Malaysia dan aku rasakan video ini sangat awesome! Video ini dirakamkan oleh family anak cucu Tok Harun ini sangat sempoi dan success! Anda memang Gangnam Style! Memang awesome buat video sebegini untuk tatapan keluarga anak dan cucu kelak dan harap kekalkan keharmonian keluarga anda dengan Gangnam Style! Nant kami akan buat video juga next raya....!

Iklan Raya Maxis 2012

Image
Iklan Raya Maxis 2012 Selamat Hari Raya diucapkan pada rakan taulan semua, mohon kemaafan zahir dan batin. Juga memohon maaf kerana lambat untuk update Raya kali ini. Tunggu entry baru versi  raya di Kota Bharu. Kali ini aku show off video dari iklan Maxis yang sungguh awesome dan lentok. Setelah 30tahun berlalu, Maxis meminta Anuar Zain & Ellina untuk menyanyikan kembali lagu Suasana Hari Raya dalam versi reggea. Awesome dude!

Video - Piece of Chalk

Image
Video - Piece of Chalk Video yang sungguh awesome nih mengisahkan seorang budak yang menghadapi hari-hari yang membosankan. Budak ini mempunyai masalah dengan ibabapanya yang selalu bertengkar dan selalu dibuli oleh rakan sekolahnya memotivasikan dirinya sendiri dalam tarian untuk mencari senyuman. Filem pendek ini diarah oleh JubaFilms yang dilakonkan oleh penari muda Justen Beer. Walapun masih muda, big clap untuk budak yang sangat pandai menari nari seperti orang dewasa. Awesome dude!

Mohd Amir Kini Ditahan Polis

Image
Mohd Amir Kini Ditahan Polis Syabas kepada pasukan Polis Malaysia yang berkerja keras walaupun dihari raya untuk memberkas suspek yang membakar Nurul Firzanah beberapa minggu lalu dan maklumat mencari Mohd Amir juga telah tersebar kerana beliau sungguh wanted!

Jalan Alternative Kuala Lumpur - Kota Bharu

Image
Jalan Alternative Kuala Lumpur - Kota Bharu Selamat Hari Raya kepada warga TRW, sempena ini kawe nak kongsikan jalan alternative untuk pulang kekampung halaman iaitu ker Kelantan Darul Naim. Sudah pasti jalan paling dekat dari KL-KB adalah jalan biasa iaitu melalui Kuala Lipis Gua Musang sejauh 450km. Ini adalah antara jalan alternative yang telah disusun atur oleh rakan-rakan TRW dalam versi TRW. Kelah boh!

Mencari Suspek Polis

Image
Mencari Suspek Polis Berikutan berita yang sungguh sadis dimana seorang gadis berusia 16tahun telah disimbah petrol dan dibakar dalam kejadian berhampiran projek perumahan PPR Wangsa Sari 15 Ogos yang lalu. Berita selanjutnya boleh dibaca di M-star . Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek dipercayai teman lelaki mangsa. Mangsa yang telah terbakar 25% dimukanya berada dalam keadaan koma di Hospital Kuala Lumpur. Berikut adalah nama suspek dan gambar suspek yang dikehendaki polis untuk dibantai dalam balai polis nant. Sila hubungi Hotline Polis jika anda mempunyai maklumat mengenai suspek ini. 03-21460522 / 03 21159999.

Sejauh Manakah Bahaya Penunggang Mosikal?

Image
Sejauh Manakah Bahaya Penunggang Mosikal? Sekali lagik aku paparkan infografik yang comel lotey.. Ahahaha kali ini bertemakan Motosikal pasal member-member saya suka bawak motor tahap cilok macam game GTA Vice City. Demmm... Kali ini PDRM dah tukar operasi dari Ops Sikap kepada Ops Selamat. Motosikal adalah pemegang tangga maut teratas selama 10tahun berturut-turut. So, next week dah nak raya, hati-hati dijalan raya dan selamat pulang ke kampung. Source : visual.ly

Video - Gangnam Style by PSY

Image
Video - Gangnam Style by PSY Semalam terdengar lagu nih dalam FlyFM, harini aku jumpa dalam youtube, really awesome! Wuppa Gangnam Style....!

Rossi Kembali ke Yamaha Team 2013

Image
Rossi Kembali ke Yamaha Team 2013 Betol ker? Kompem lagik rasminya Rossi akan kembali ke Team Yamaha dengan perjanjian kontrak dari 2013-2014. Encik Rossi akan benganding bahu dengan Encik Lorenzo dalam satu team untuk menaikkan kembali nama Yamaha Fiat Team untuk menjulang juara lagik. Rossi akan menunggang motorsikalnya Yamaha YZR-M1 pada musim 2013 dan 2014 setelah bersetuju untuk lari dari Team Ducati, hahaha kesian Encik Stonor dengan Hayden yer... Maybe bila Rossi ada dalam team Ducati membawa bad luck pada dorang nih.. Tapi bagi saya, encik Rossi nih sepatutnya sudah boleh mula berehat dirumah sambil menjaga tanaman Farmville dalam Facebook anda pasal anda sudah pun bergelar legend malah kaya-raya, jadi ape kebenda yang encik Rossi mahu lagik. Bagik laa budak Lorenzo dengan Stoner tu menang setahun dua dulu.. Tidak dinafikan dengan kehadiran encik Rossi dalam team Yahama pastinya dia akan membolot podium next season, demmmmm. So tahun nih kena pegi tengok MotoGP kt Sepan

Sejarah Sistem Operasi Peranti

Image
Sejarah Sistem Operasi Peranti Jika anda pernah bersuka-ria dengan O/S Ms DOS, Wordstar, Supercup, DBase, your childhood really awesome dude! Disini aku paparkan infografik sejarah sistem operasi komputer yang pernah wujud pada tahun 1950 iaitu GMOS. Sehingga sekarang Microsoft telah mendominasi pasaran komputer sebanyak 91% berbanding sistem operasi yang lain. Malas nak ulas panjang lebar, anda baca saja infografik dibawah... Yoshhh....

Krzywy Domek, Poland

Image
Krzywy Domek, Poland Sekali tengok pasti anda akan cakap gambar ini adalah gambar editing photoshop! Kompem anda salah pasal gambar dibawah ini adalah original real dari Poland. Apa yang anda lihat adalah sebuah shopping center di Sopot, Poland. Bangunan yang berbentuk senget-benget serta renyuk ini dinamakan Krzywy Domek atau dikenali dengan nama Crooked House. Bangunan ini telah dibina pada tahun 2004 dan mula beroperasi pada tahun lewat 2005. Crooked House ini berkeluasan 4000meter persegi dan menempatkan shopping mall, coffee house dan restaurant. Rata-rata pelancong yang datang di Poland mesti akan singgah di Crooked House untuk take picture dengan take five.. Bangunan ini direka oleh arkitek Jan Marcin Szancer yang mendapat idea daripada ilustrasi cerita pari-pari. Walaupun bangunan ini senget, renyuk, malah bangunan ini mempunyai struktur yang kuat dan interior dalaman pula tidak direka secara renyuk supaya pengunjung tidak mengalami migran atau muntah darah. Hahahahaa..

Iklan Hari Raya - Bernas

Image
Iklan Hari Raya - Bernas Iklan dari Bernas ini mengisahkan 2 orang kanak-kanak yatim piatu yang gigih memulakan perjalanan untuk pulang ke kampungnya di Segamat semata-mata untuk menziarah kubur ibunya. Sila hayati video ini selama 7minit yang mampu membuatkan hati sebak kerana kegigihan mereka untuk berjumpa dengan ibunya yang telah meninggal. Iklan ini telah mula dipaparkan dalam TV3 dan TV9 tapi dah dipotong jalan ceritanya untuk dipendekkan masa. Kat sini aku kasik full video untuk iklan Bernas ini yang diberi tajuk The Journey. Source : youtube.com

Kuala Lumpur International Airport 2 - KLIA2

Image
Kuala Lumpur International Airport 2 - KLIA 2 Mungkin ramai yang tak tahu mengenai KLIA 2 buat masa sekarang, dan kemungkinan lagi mungkin orang akan bertanya kat mana KLIA2 tu, ade ker KLIA2, apehal nak buat sampai 2 airport? Itu adalah soalan soalan lazim yang selalu keluar dari manusia yang kurang membaca surat khabar pasal selalu membaca majalah Mangga dgn URTV. Tidak mengapa, anda dimaafkan.. sila baca entry ini ajelah.. Mungkin dah lewat untuk entry  KLIA2 nih tapi aku nak share jugak! KLIA2 ini dibina untuk menjadi Next Generation Hub yang akan membolehkan orang ramai merasai hospitality diantara penerbangan kos rendah dan perkhidmatan penuh. KLIA2 ini akan menggantikan Terminal Kos Rendah (LCCT) untuk menaiktaraf daripada terminal kongsi kepada terminal yang tersendiri. Terminal KLIA2 ini berkeluasan 257,000 meter persegi, dengan 60 pintu berlepas, 80 jejantas udara, serta ruang runcit 32,000 meter persegi untuk menampung 225 kedai. Ia direka untuk menampung 30 juta penum

Gangguan Bekalan Elektrik di India

Image
Gangguan Bekalan Elektrik di India Kegagalan kuasa elektrik terbesar dalam sejarah dunia telah menjejaskan 680juta rakyat diseluruh India awal minggu lalu. Kegagalan elektrik yang berlaku menyebabkan 10% populasi dunia bergelap. Gangguan bekalan ini berlaku pada bahagian utara dan timur India. Setakat ini punca gangguan bekalan elektrik yang berlaku masih lagi disiasat kerana di India, blackout & voltage yang tidak stabil adalah perkara biasa. Malah di India, rakyatnya terpaksa membeli generator kerana kerap kali terputus bekalan elektrik dan bekalan elektrik yang terhad seperti pada malamnya tidak disalurkan elektrik pada sesetengah bandar dan kampung. Demmmmm... memang betullah kawan aku pergi ker sana cakap hotel yang dorang duduk tu 4jam sekali elektriknya akan off. Mcm siottt..... Lagipun standard piawaian elektrik di India sangat teruk sehinggakan penduduk mencuri elektrik dengan membuat wiring sendiri tanpa rasa takut. High voltage cable dipasang tanpa ada faktor kes

Mango Tree Place, Penang

Image
Mango Tree Place, Penang Mango Tree Place adalah sebuah hotel 2 tingkat yang telah diubahsuai menjadikannya sebuah hotel. Hotel ini digunapakai daripada bangunan lama yang telah berusia 80tahun dan bertempat di Tapak Warisan Dunia (UNESCO). Hotel ini terletak di Jalan Phuah Lin Heong, Georgetown Penang. Aku ingin mengatakan hotel ini sangat awesome pasal interior dier mmg cool tahap gaban. Owner hotel ini sangat kreatif kerana berani membuat dekorasi hotel lain dari yang lain iaitu memilih dekorasi ala-ala gaya rumah kita sendiri. Walaupon hotel ini kecik ajer, tapi owner yang bijak menyusun susun atur bilik menjadikan hotel ini mempunyai bilik hotel Courtyard Suite, Terrace Suite, Internet Room, Bar dan Food Shop. Harga untuk bilik-blik di Mango Tree Place bermula dari RM200-RM400 yang juga menpunyai breakfast. Jangan kita pandangan sebelah mata ajer, silalah anda lihat sendiri dekorasi yang mereka telah lakukan terhadap hotel ini yang apa aku boleh katakan awesome and coooool!

Fastest Man in The World - Usain Bolt

Image
Fastest Man in The World - Usain Bolt Usain Bolt (Jamaica) secara rasminya telah memenangi gold medal Olympics 2012 semalam setelah berjaya mencapai larian dalam masa 9.63saat. Dengan masa 9.63saat ini Usain Bolt telah mencatatkan rekod baru untuk Olympics Record yang juga dipegang oleh beliau sendiri iaitu 9.68saat di Beijing 2008. Disusuli oleh rakan senegara iaitu Yohan Blake dengan masa 9.75. Secara langsung juga Usain Bolt telah mencatat nama dalam Guinness Book of Record sebagai manusia terpantas pernah dicatatkan sehingga hari ini. Walaupon banyak acara yang dipertandingkan dalam Olympics ini, 100M men final memang saat yang dinantikan pasal ramai orang nak tengok manusia mana yang paling pantas walhal memang dah tahu Bolt akan bantai semuanya. Anyway, tak lupa juga tahniah pada Datuk Lee Chong Wei atas memenangi silver medal juga pada malam tadi. Sekurangnya dapat medal jugak daripada habuk...

Batman - The Dark Knight Rises

Image
Batman - The Dark Knight Rises What a loser, aku baru tengok Batman The Knight Rises semalam bersama wife aku, ooohhh men pasal dah tak tahan dengar orang bercerita bahawa movie Batman kali nih memang awesome! Aku kasik rating 9/10 seperti mana imdb jugak kasik rating 9/10. Batman kali nih aku rasakan ending yang sgt cool dan bergaya pasal ending dier Batman kasik-up budak baru... there is new Robin. Mungkin next two years akan kuat citer pasal Robin ajer. Haaakkk memang best! Musuh Batman The Knight Rises iaitu Bane, aku suka biler dier becakap, pasal suara speaker kt mulut dier tu membuatkan watak tu bebetol jahat. Walaubagaimanapun, musuh Batman yang paling evil adalah Joker, dan filem Batman Dark Knight bersama watak The Joker pada tahun 2008 adalah filem Batman paling best pernah dihasilkan pasal Joker memang evil giler. Skang baru aku leh sembang pasal Batman, sebuah filem yang mesti anda tonton sebelum raya nih. Awesome!

Seni Khat Kufi

Image
Seni Khat Kufi Seni khat Kufi adalah salah satu seni khat purba Islam, seni khat ini merupakan antara skrip khat yang paling awal digunakan dalam seni kaligrafi Islam. Khat Kufi sudah bertapak berabad-abad lamanya di muka bumi ini. Khat Kufi secara keseluruhannya boleh didapati dalam beberapa bentuk termasuk bentuk old archaic, flora geometric,square geometric dan beberapa bentuk lain. Di Malaysia sahaja ramai diantara pereka grafik yang sudah mula berkecimpung dalam bidang khat Kufi. Ini kerana penulisan khat Kufi ini bukanlah mudah dan mengambil masa untuk menghasilkannya jika ayat-ayat yang panjang atau bentuk seni yang tersendiri. Malah kita boleh lihat banyak masjid dan pusat Islam yang telah menggunakan tulisan Kufi nih. Disini saya memperlihatkan hasil khat Kufi yang saya ambil dari beberapa website, khat Kufi ini boleh didapati antaranya di G Floor Space U8, Level 2 Amcorp Mall dan Central Market.Sapa-sapa yang terror dalam tulisan khat Kufi nih anda adalah seorang yang

Five Friends Take Same Picture for 30Years

Image
Five Friends Take Same Picture for 30Years Hehehehe... This is awesome dude, sekumpulan kawan yang setia kawan dengan jayanya telah mengumpul gambar mereka selama 3dekad. Apa yang lebih menarik gambar tersebut diambil dengan lokasi yang sama, orang yang sama dan pose yang sama, cuma yang bezanya susuk tubuh badan yang makin membesar. Sangat kelakar bila tengok gambar dorang yang dulunya badan kering giler hingga sekarang dah besar giler. Muhahaha... Gambar ini diambil di California dimana kelima-lima mereka bersetuju untuk kembali ketempat yang sama untuk mengambil gambar pada setiap 5tahun. Anyway, this is awesome and you make yourself popular with this picture, cooool! 1982

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...