Lone Pine Hotel, Penang

Lone Pine Hotel, Penang

Di Pulau Pinang (Penang) memang terdapat banyak Hotel, Chalet, Guest House, mahupun Homestay untuk menginap dan harganya bergantung kepada tawaran hospitaliti masing-masing.

Lone Pine Hotel adalah sebuah hotel dibawah syarikat hospitaliti Eastern & Oreintal Berhad (E&O) dimana hotel ini terletak di pantai Batu Feringgi dan Lone Pine adalah sebuah hotel butik mewah. Hotel ini telah diperbaharui dan diubahsuaikan yang menjadikannya sebuah tempat pilihan untuk honeymoon dan wedding function kerana temanya sungguh romantik dan santai.

Lone Pine Hotel mempunyai hanya 90 bilik, ianya bukan sekadar resort kerana setiap bilik mendapat pemandangan laut yang mempunyai balkoni tersendiri dan halaman santai peribadi. Antara bilik yang ditawarkan adalah Grand Suite Premier, Suite Grand Deluxe, Suite Premier, Suite Deluxe, Premier Garden, Super Deluxe (Corner) dan Deluxe. Oleh kerana Lone Pine Hotel adalah sebuat hotel butik yang mewah maka harganya juga boleh dikatakan agak tinggi yang bermula dari RM500 hingga RM6000 untuk satu malam.

Dari segi fasiliti pastinya Lone Pine Hotel tidak akan mengecewakan para pengunjung mereka kerana mereka mempunyai beberapa buah Restoran dan Bar, Gymnasium, The Pure Pine Spa, Water Sport Recreation, Night Live Band, Ballroom, Weeding Garden, Evening Camping dan macam-macam lagi.

Adalah sangat berbaloi untuk pasangan mempelai honeymoon di Lone Pine Hotel kerana suasana yang penuh romantik dan gaya santai kotemporari mereka mampu membuatkan pengunjung kembali lagi. Tidak perlu ke luar negara untuk mendapatkan suasana seperti ini.














Source : lonepinehotel.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam